Adakah sahih riwayat Al Mu’jamul Kabir berikut yang menyatakan bahawa Syurga terletak di bawah kaki ayah dan ibu.
Ringkasan dari kisah tersebut adalah:
Suatu ketika seorang Sahabat dengan nama Jahimah (radiyallahu ‘anhu) datang kepada Nabi (sallallahu‘ alayhi wa sallam) dan berkata:
“Wahai Rasulullah, aku ingin meminta petunjukmu kerana aku ingin keluar ke jalan Allah.” Nabi SAW bersabda; “Apakah engkau memiliki ibu dan ayah?” Maka, dia menjawab ya. Dan Baginda SAW bersabda:
“Beradalah dengan mereka kerana sesungguhnya syurga di bawah kedua kaki mereka.”
JAWAPAN
‘Allamah Haythami (rahimahullah) telah menyatakan bahawa riwayat ini boleh dipercayai (thiqat).
(Majma’uz Zawaid, jilid 8 ms.138)
Dan Allah Taala lebih mengetahui.
Dijawab oleh: Moulana Muhammad Abasoomar