Home/Hadis, Soal Jawab/Syurga Di bawah Tapak Kaki Kedua Ibu Bapa

Syurga Di bawah Tapak Kaki Kedua Ibu Bapa

Adakah sahih riwayat Al Mu’jamul Kabir berikut yang menyatakan bahawa Syurga terletak di bawah kaki ayah dan ibu.

Ringkasan dari kisah tersebut adalah:

Suatu ketika seorang Sahabat dengan nama Jahimah (radiyallahu ‘anhu) datang kepada Nabi (sallallahu‘ alayhi wa sallam) dan berkata:

“Wahai Rasulullah, aku ingin meminta petunjukmu kerana aku ingin keluar ke jalan Allah.” Nabi SAW bersabda; “Apakah engkau memiliki ibu dan ayah?” Maka, dia menjawab ya. Dan Baginda SAW bersabda:

“Beradalah dengan mereka kerana sesungguhnya syurga di bawah kedua kaki mereka.”

JAWAPAN

‘Allamah Haythami (rahimahullah) telah menyatakan bahawa riwayat ini boleh dipercayai (thiqat).

(Majma’uz Zawaid, jilid 8 ms.138)

Dan Allah Taala lebih mengetahui.

Dijawab oleh: Moulana Muhammad Abasoomar

By |2021-01-28T22:31:23+00:00January 28th, 2021|Hadis, Soal Jawab|0 Comments

Kongsi di dalam media sosial anda

Go to Top