Tujuh Keturunan Yang Diselamatkan Dari Kesesatan

Saya pernah mendengar bahawa orang yang keluar di jalan Allah, tujuh generasinya akan diselamatkan dari kesesatan.

JAWAPAN

Saya tidak pernah melihat penyataan ini di dalam hadis Rasulullah (sallallahu’alayhi wasallam).

Namun pada ayat Surah al-Kahf: ” Dan bapa mereka pula adalah orang yang soleh” (Ayat: 82) Para pengulas menyebut bahawa Allah Ta’ala telah melindungi kekayaan 2 anak yatim itu kerana ketakwaan ayah mereka. Ada yang menyatakan bahawa sebenarnya adalah nenek moyang mereka dari 7 generasi sebelumnya yang merupakan orang yang soleh.

(Tafsirul Baghawi, Tafsir Ruhul Ma’ani, Tafsir Abus Sa’ud, Tafsir Sawi dan lain-lain, Surah Kahf, ayat: 82)

Setelah memetik pandangan terakhir ini dari Sayyiduna Ja’far As-Sawdiq (rahimahullah) Al-Mufassir Alusy (rahimahullah) menulis: “Walau apa jua keadaannya, ia masih membuktikan bahawa ketakwaan orang tua dapat melindungi keturunan mereka. Para Imam Ibn Abi Shaybah, Ahmad (dalam kitabuz zuhd) dan Ibn Abi Hatim (rahimahumullah) telah melaporkan dari Khaythamah bahawa beliau mengambil petikan dari Nabi ‘Isa (‘ alayhis salam) yang pernah mengatakan:

“Betapa hebatnya keturunan seorang yang benar-benar beriman, sebagaimana dijaga dengan baiknya, maka mereka turut dilindungi setelah dia (iaitu, setelah kematiannya)”.

Perawi: Khaythamah kemudian membacakan ayat Surah Kahf di atas.

(Tafsir Ruhul Ma’ani, Surah Kahf, ayat: 82)

Imam Baghawi (rahimahullah) menulis: “Dikatakan mereka adalah 7 generasi di bawah nenek moyang mereka yang soleh”.
Muhammad ibnul Munkadir berkata: “Sesungguhnya kerana ketakwaan seseorang, Allah melindungi anak-anak dan cucunya.”

(Tafsir Baghawi, Surah Kahf, ayat: 82)

Hafiz Ibn Kathir (rahimahullah) ketika mengulas ayat di atas ia menulis: “Ini membuktikan bahawa keturunan orang yang soleh akan dilindungi ilahi.”

Terdapat lebih banyak sokongan untuk prinsip di atas dalam ayat-ayat lain dari Al-Quran dan tafsirnya. (lihat Surah: 40 Ayat: 8 dan Surah: 52, Ayat: 21 dan ulasannya masing-masing)

Kesimpulannya:_

Ada kemungkinan seseorang itu membuat pernyataan di atas dengan mengingat bahawa apabila seseorang itu menghabiskan waktu berkhidmat untuk agama Allah, seseorang memperoleh sifat-sifat takwa dan oleh itu keturunannya juga akan mendapat manfaat.

Harus diingat bahawa kelebihan ini tidak hanya untuk yang disebutkan dalam pertanyaan anda. Itu berlaku untuk semua orang yang soleh.

Dan Allah Taala lebih mengetahui,

Dijawab oleh: Moulana Muhammad Abasoomar

By |2021-04-21T04:22:24+00:00April 21st, 2021|Hadis, Soal Jawab|0 Comments

Penafian : Pihak Darul Ulum Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap artikel yang ditulis di dalam laman sesawang ini. Ia adalah hak milik penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Darul Ulum Malaysia.

Kongsi di dalam media sosial anda

Huzaifah Jamaluddin Sidang Redaksi Darul Ulum Malaysia
Sidang Redaksi Darul Ulum Malaysia terdiri daripada beberapa orang sukarelawan yang meguruskan perjalanan laman sesawang DUM.
Go to Top