Home/Soal Jawab, Solah/Wajib qada Solat?

Wajib qada Solat?

Assalamualaikum wbt asatizah sekalian.

Saya nak tanya soalan berkaitan Qadha Solat.

Seorang hamba Allah ni baligh secara paksa (onani) ketika berusia 11 tahun, dan dia jahil berkaitan mandi wajib. Dia mula mandi wajib ketika berusia 15 tahun. Bermakna 4 tahun dalam keadaan junub.

Soalan saya:

1) Jika dia nak bayar hutang qadha solat selama 4 tahun tu, boleh tak dalam tempoh tu dia buat juga solat sunat?

2) Boleh tak dia tunaikan amalan2 sunat lain seperti zikir, baca quran, wirid dsb.

3) Bagaimana pula dengan puasanya dalam tempoh 4 tahun itu.

Jawapan

1. Apabila telah keluar mani walaupun dengam cara paksa maka dia dikira baligh dan sudah mula wajib solat.

2. Oleh kerana dia tidak mandi junub maka semua solat yang dia lakukan dalam tempoh tersebut tidak sah dan wajib diqadakan.

3. Puasa sah kerana puasa sah dilakukan walaupun berjunub.

4. Solat wajib diqadakan dan zohirnya tidak wajib segera kerana ia menjadi tidak sah atas faktor kejahilan dan melihat kepada usianya ketika itu kejahilan perihal junub dimaafkan walaupun sebenarnya pengetahuan junub itu perkara asas

5. Apabila kita telah hukum tidak wajib segera maka dia boleh melakukan bersamanya amalan lain seperti zikir, baca Quran dan solat sunat.

6. Namun adalah lebih baik dia gunakan masa yang dia rajin untuk solat sunat itu, untuk melakukan solat qada supaya tanggungjawabnya selesai dengan kadar segera

Nota:

Ibarat kalam Imam Ibnu Hajar, dalam Kitab I’anah, Bab Solat
( ويبادر ) من مر ( بفائت ) وجوبا إن فات بلا عذر فيلزمه القضاء فورا

قال شيخنا أحمد بن حجر رحمه الله تعالى والذي يظهر أنه يلزمه صرف جميع زمنه للقضاء ما عدا ما يحتاج لصرفه فيما لا بد منه وأنه يحرم عليه التطوع ويبادر به ندبا إن فات بعذر كنوم لم يتعد به ونسيان كذلك

(قوله: وأنه يحرم عليه التطوع) أي مع صحته، خلافا للزركشي.

Dijawab oleh Al Fadil Ustaz Ahmad Lutfi Muharam

By |2020-05-20T17:19:43+00:00May 20th, 2020|Soal Jawab, Solah|0 Comments

Penafian : Pihak Darul Ulum Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap artikel yang ditulis di dalam laman sesawang ini. Ia adalah hak milik penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Darul Ulum Malaysia.

About the Author:

Zyubair hirriq abd Majid
Go to Top