Home/Berita, Iklan Madrasah/Pengajian Alim Madrasah Kubang Bujuk Sesi 2020/2021

Pengajian Alim Madrasah Kubang Bujuk Sesi 2020/2021

Sukacita dimaklumkan bahawa Syukbah Ilmu Wahyu Madrasatul Quran Kubang Bujuk ingin membuka PERMOHONAN KEMASUKAN KELAS KITAB bagi sesi pengajian 2020/2021.

Sehubungan dengan itu, mana-mana individu yang berminat boleh melengkapkan permohonan melalui pautan yang diberikan di bawah ini.

Pihak kami akan meneliti setiap permohonan sebelum pemohon dipanggil bagi menghadiri sesi temuduga dan kemasukan pada tarikh yang akan diberitahu kemudian.
Permohonan ini dibuka bermula 08 April 2020 sehingga 30 April 2020

Berikut adalah pautan ke borang permohonan :
http://bit.ly/SyukbahUlumWahyuMQKB

Di bawah ini disertakan juga syarat -syarat diterima masuk sebagai panduan.
Syarat-Syarat Kemasukan Adalah Seperti Berikut :
a) Berumur 15 – 18 tahun (kecuali yang memohon ke peringkat Aliah)
b) Boleh membaca Al-Quran dengan tajwid yang baik
c) Boleh menulis dan membaca jawi dengan baik
d) Sihat tubuh badan tanpa menghidapi penyakit yang berat
e) Ibubapa atau penjaga bersedia menanggung pengajiannya hingga tamat
f) Mempunyai minat yang mendalam dan bersungguh-sungguh
g) Taat dan baik akhlaq
h) Lulus temuduga

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi :
Ust. Mohd Fahmi : +60199991154
Ust. Umar Hasanuddin : +60148151820
#Mohon disebarkan @ dikongsi sebanyak mungkin.

Pengenalan Madrasatul Quran Kubang Bujuk
https://darululum.my/madrasatul-quran-kubang-bujuk-mqkb/

By |2020-04-08T08:24:27+00:00April 8th, 2020|Berita, Iklan Madrasah|0 Comments

Kongsi di dalam media sosial anda

Go to Top